·
Tetapi ianya mula tenggelam dan dibenamkan akibat penjajahan British,
di mana British telah merombak dan menggantikannya dengan Undang-undang
British, sampai lah ke hari ini.
·
Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Dia telah merangka satu sistem yang
amat sempurna untuk hamba-hambaNya. Dia memahami setiap jiwa dan raga di muka
bumi ini. Nelayan, petani, polis, peniaga, guru, mekanik dan sebagainya
mempunyai hati dan perasaan.
·
Semuanya perlukan kepada satu sistem yang sempurna. Dan tiada yang lebih
sempurna melainkan apa yang Allah S.w.t telah amanahkan kepada kita untuk
melaksanakannya.
·
Syariat Islam ini didatangkan Allah kepada manusia untuk menangani dan
mengatasi lima perkara utama yang diistilahkan sebagai al-kulliyyatul
khamsahatau disebutkan juga sebagai maqasid as-syariah.
Tujuan syariat itu diturunkan kepada manusia iaitu untuk menjaga agama,
akal, maruah atau jatidiri, keturunandan harta manusia.
Negara akan aman jika Undang-undang Islam dilaksanakan
·
Jenayah zina mesti dikenakan hukuman sebat 100 kali sebatan di depan orang
ramai. Agar menjadi pengajaran kepada orang lain dan orang tidak akan berani
lagi untuk berzina. Insya Allah nanti tiada lah anak haram yang lahir, tiada
lagi kes-kes buang anak, tiada lagi rogol perkosa anak dara orang dan
sebagainya.
·
Bukan mudah untuk mendapatkan 4 orang saksi yang adil untuk disabitkan
kesalahan Hudud. Ini kerana Islam bukan mahu semata-mata menghukum, tetapi yang
penting mahu menakut-nakutkan kita dari melakukan jenayah. Agar kita berfikir
banyak kali jika mahu melakukan jenayah hingga tak jadi dibuat.
·
Menurut undang-undang yang ada sekarang, orang berzina hanya dihukum denda
atau penjara. Dan hukuman bukan dilakukan di hadapan khalayak ramai. Maka orang
yang kaya dan banyak duit tidak ada masalah untuk mengulanginya.
·
Jika pencuri (ada syarat-syaratnya pula yang boleh disabitkan Hudud)
dihukum kerat tangan, maka siapa lah yang berani untuk mencuri? Anda boleh
tinggalkan rumah, kedai dan kenderaan anda tanpa perlu dikunci pun. Itu baru
dinamakan aman yang sebenar.
·
Tetapi sekarang ini, nak tinggalkan motosikal di tempat parking sekejap pun
sudah resah gelisah, apa lagi nak tinggalkan rumah buat beberapa hari.
·
Dan begitulah seterusnya dengan hukum-hukum lain, keamanan yang hakiki
sudah pasti kerana itu janji Allah dan Allah Maha Mengetahui.
·
Dia yang ciptakan manusia, maka Dia tahulah apa undang-undang atau
peraturan yang terbaik bagi manusia. Tetapi hanya manusia yang tidak yakin
padaNya, na'uzubillah.
Hikmah melaksanakan Hukum Hudud dari segi saintifik
·
Apa-apa yang diperintahkan oleh Allah S.w.t semuanya ada hikmah yang
tersendiri, begitu juga dengan Hukum Hudud, Qisas, Ta'zir dan sebagainya lagi.
Amat banyak lah hikmahnya dan perlukan kepada satu tajuk lain untuk pembahasan
secara khusus.
·
Buat penzina yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibody T4 Limfosit
yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi
HIV selepas penzinaanya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan
menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan
akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi
dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom
Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.
·
Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi
dengan syarat dia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang
banyak bagi meransang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan
sum-sum tulang daripada fibrosis.
·
Cara terbaik adalah dengan menyebat di antara bawah tengkuk dan di atas
pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan
semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS
selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.
·
Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin apabila dihinggapi virus
AIDS, sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan
mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang
yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih
banyak ditumpukan kearah menghasilkan benih-benih bagi tujuan menghasilkan
sperma-sperma baru.
·
Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan
rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan
jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang
menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.
Sumber :
unikversiti.blogspot.com/2011/05/allah-memberi-jaminan-laksanakan-undang.
Dikeluarkan oleh Lajnah
Dakwah dan Kesenian Islam PAS Kawasan Marang.





.jpg)



