Pages

Sunday, June 1, 2014

KEISTIMEWAAN ISLAM

1. Lafaz Islam diberikan langsung oleh Allah SWT.
Allah berfirman: “Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam…” (QS. 3 : 19). Hal ini berbeda dengan agama lain yang namanya berdasarkan nama orang, nama tempat, dan nama-nama lainnya yang berhubungan dengan agama itu. Misal Nasrani yang diambil dari nama tempat yaitu Nazareth, Budha berasal dari nama Sidharta Gautama Budha, dan lain sebagainya.

2. Islam menghapus seluruh dosa dan kesalahan bagi orang bukan Islam yang masuk Islam.

Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu : “Jika mereka berhenti (dari kekafirannya), niscaya Allah akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang sudah lalu; dan jika mereka kembali lagi, sesungguhnya akan berlaku (kepada mereka) sunnah (Allah tenhadap) orang-orang dahulu .” (QS. 8 : 38)

3. Islam menjadi sebab terhindar seseorang dari api neraka.
Rasulullah bersabda, “Tidak akan masuk Neraka barang siapa dalam hatinya ada iman walaupun seberat biji sawi.” (HR. Muslim).

4. Islam menghapus agama samawi yang lain.
Firman Allah yang bermaksud:
 “Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (QS. 3 : 85)

5. Hukum Islam berlaku untuk semua lapisan umat.
Ada kisah wanita yang termasuk kaum berada yang mencuri yang tetap mendapat hukuman potong tangan.
Satu petang Rasulullah berdiri dan berpidato. Setelah memanjatkan puja puji kepada Allah sebagaimana mestinya, Baginda kemudian bersabda, ‘Sesungguhnya yang membuat binasa orang-orang sebelum kamu ialah, manakala di antara mereka ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya saja. Tetapi jika orang lemah yang mencuri, maka segera dihukum. Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggamanNya, sesungguhnya aku apabila mendapati kenyataan Fatimah puteri Muhammad mencuri, maka akan aku potong tangannya’.

6. Dalam Islam, orang yang tersalah atau lupa tidak dihukum.
Firman Allah yang bermaksud:
 “…Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. 33 : 5)

7. Islam membahas semua urusan / perkara baik duniawi maupun ukhrowi.
Seluruh urusan dibahas oleh Islam secara detail. Bahkan urusan buang air kecil pun juga diatur.
Pernah kaum musyrikin berkata kepada Salman Al Farisi radliallahu anhu: “Nabi kalian telah mengajarkan kepada kalian segala sesuatu sampai pun perkara adab buang hajat”. Salman menjawab: “Ya, beliau mengajarkan kami adab buang hajat”. (HR. Muslim no. 262)

8. Islam saja agama yang sempurna
Firman Allah yang bermaksud:
 “… Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu…” (QS. 5 : 3)

9. Islam menghendaki kemudahan dan sesuai dengan kemampuan.
Firman Allah yang bermaksud:
 “…Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu…” (QS. 2 : 185)

10. Islam untuk semua umat.
Firman Allah yang bermaksud:
 “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” (QS. 21 : 107) 

Disusun oleh

 Lajnah Dakwah dan Kesenian Islam Pas Kawasan Marang

Saturday, May 31, 2014

ALLAH MEMBERI JAMINAN, LAKSANAKAN UNDANG-UNDANG ISLAM NEGARA PASTI AMAN

ALLAH MEMBERI JAMINAN, LAKSANAKAN UNDANG-UNDANG ISLAM NEGARA PASTI AMAN

·         Undang-undang Islam sudah pernah dilaksanakan di Malaysia suatu ketika dahulu.
·          Tetapi ianya mula tenggelam dan dibenamkan akibat penjajahan British, di mana British telah merombak dan menggantikannya dengan Undang-undang British, sampai lah ke hari ini.
·         Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Dia telah merangka satu sistem yang amat sempurna untuk hamba-hambaNya. Dia memahami setiap jiwa dan raga di muka bumi ini. Nelayan, petani, polis, peniaga, guru, mekanik dan sebagainya mempunyai hati dan perasaan.
·         Semuanya perlukan kepada satu sistem yang sempurna. Dan tiada yang lebih sempurna melainkan apa yang Allah S.w.t telah amanahkan kepada kita untuk melaksanakannya.
·         Syariat Islam ini didatangkan Allah kepada manusia untuk menangani dan mengatasi lima perkara utama yang diistilahkan sebagai al-kulliyyatul khamsahatau disebutkan juga sebagai maqasid as-syariah. Tujuan syariat itu diturunkan kepada manusia iaitu untuk menjaga agama, akal, maruah atau jatidiri, keturunandan harta manusia.

Negara akan aman jika Undang-undang Islam dilaksanakan

·         Jenayah zina mesti dikenakan hukuman sebat 100 kali sebatan di depan orang ramai. Agar menjadi pengajaran kepada orang lain dan orang tidak akan berani lagi untuk berzina. Insya Allah nanti tiada lah anak haram yang lahir, tiada lagi kes-kes buang anak, tiada lagi rogol perkosa anak dara orang dan sebagainya.
·         Bukan mudah untuk mendapatkan 4 orang saksi yang adil untuk disabitkan kesalahan Hudud. Ini kerana Islam bukan mahu semata-mata menghukum, tetapi yang penting mahu menakut-nakutkan kita dari melakukan jenayah. Agar kita berfikir banyak kali jika mahu melakukan jenayah hingga tak jadi dibuat.
·         Menurut undang-undang yang ada sekarang, orang berzina hanya dihukum denda atau penjara. Dan hukuman bukan dilakukan di hadapan khalayak ramai. Maka orang yang kaya dan banyak duit tidak ada masalah untuk mengulanginya.
·         Jika pencuri (ada syarat-syaratnya pula yang boleh disabitkan Hudud) dihukum kerat tangan, maka siapa lah yang berani untuk mencuri? Anda boleh tinggalkan rumah, kedai dan kenderaan anda tanpa perlu dikunci pun. Itu baru dinamakan aman yang sebenar.  
·         Tetapi sekarang ini, nak tinggalkan motosikal di tempat parking sekejap pun sudah resah gelisah, apa lagi nak tinggalkan rumah buat beberapa hari.
·         Dan begitulah seterusnya dengan hukum-hukum lain, keamanan yang hakiki sudah pasti kerana itu janji Allah dan Allah Maha Mengetahui.
·         Dia yang ciptakan manusia, maka Dia tahulah apa undang-undang atau peraturan yang terbaik bagi manusia. Tetapi hanya manusia yang tidak yakin padaNya, na'uzubillah.

Hikmah melaksanakan Hukum Hudud dari segi saintifik

·         Apa-apa yang diperintahkan oleh Allah S.w.t semuanya ada hikmah yang tersendiri, begitu juga dengan Hukum Hudud, Qisas, Ta'zir dan sebagainya lagi. Amat banyak lah hikmahnya dan perlukan kepada satu tajuk lain untuk pembahasan secara khusus.
·         Buat penzina yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.
·         Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat dia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.
·         Cara terbaik adalah dengan menyebat di antara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.
·         Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin apabila dihinggapi virus AIDS, sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilkan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru.
·         Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama. 

Sumber : unikversiti.blogspot.com/2011/05/allah-memberi-jaminan-laksanakan-undang.


Dikeluarkan oleh Lajnah Dakwah dan Kesenian Islam PAS Kawasan Marang.

Tuesday, May 27, 2014

Isu babi: Tiada 'bersih darah', tiada samak

Oleh : Dr. Zaharuddin Abd Rahman
May 28, 2014

BAGI sesiapa yang telah termakan Cadbury berDNA babi secara tersalah atau tidak tahu berkenaan kewujudan unsur babi tersebut.

Menurut hukum Islam, mereka TIDAK BERDOSA dan seterusnya TIDAK PERLU membersihkan darah.
Sebagaimana firman ALLAH SWT:
وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُمْ بِهِ وَلَكِنْ مَا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا {الأحزاب: 5}
Ertinya : Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu tersalah padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Ahzab: 5)

Dan Nabi Muhammad salla ‘allahu ‘alaihi wasallam:
إن الله تجاوز عن أمتي الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه. رواه ابن ماجه وصححه الألباني.
Ertinya: Sesungguhnya ALLAH SWT melepaskan dari umatku apa yang tersalah, lupa dan sesuatau (yang haram atau salah) yang dipaksakan ke atas mereka. ( Riwayat Ibn Majah, sahih)
Justeru, tiada istilah ‘membersihkan darah’, atau seolah DIRI akan ke neraka atau AMALAN LAIN akan DITOLAK kerana coklat terbabit sekiranya darah tidak dibersihkan. Ini semua tidak benar.
Namun, jika ingin diambil SAMAN GANTIRUGI atas kesilapan Cadbury dan kealpaan mereka atau keculasan menggunakan logo halal pada yang tidak halal, itu WAJAR DILAKUKAN namun JANGAN dihujah atas nama ‘membersihkan darah’ seolah ia tuntutan agama.

Juga TIDAK PERLU disamak mulut dan usus dengan air tanah, Islam tidak menuntut sedemikian dalam hal seperti ini.

Jangan menyebabkan Islam disalah tanggapi dengan pandangan pelik dan tidak berasas kukuh.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
28 Mei 2014

Saturday, May 24, 2014

Dekati Kaum Cina Dengan Cara Yang Paling Baik

PONTIAN – Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang berkata Allah SWT telah menjinakkan hati orang bukan Islam kepada PAS walaupun sudah berpuluh tahun mengajak Melayu untuk bersama namun mereka enggan.

Oleh itu sarannya lagi, dekati, bergaul dengan lebih baik dan tunjukkan akhlak mulia ajaran Islam kepada mereka kerana itulah ciri dakwah yang dilakukan Nabi Muhammad saw.

“Selama ini Kerajaan pimpinan UMNO gagal mempamerkan akhlak Islam kepada bukan Islam, sehingga mereka menganggap Islam itu buruk.

“Inilah yang tidak disedari oleh orang Melayu penyokong UMNO,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Ungu berkata lagi, mereka tidak dapat membezakan di antara Cina yang baik dan Melayu yang jahat.

Hal ini Kerana fahaman perkauman yang menebal lalu mereka terus bersama Melayu yang jahat, semata-mata atas dasar satu bangsa Melayu.

” Memetik Sabda Nabi ‘Bukan dari golongan ku mereka yang berjuang atas dasar perkauman yang sempit’.

“Oleh kerana pemimpin bangsa Melayu buat salah, rasuah, rompak harta negara, hina caci ulamak pun orang melayu terus sokong kerana sebangsa.

“Kembalilah pada perjuangan Islam. Nabi tidak perjuangkan Bangsa Arab. Apa mulianya bangsa Melayu berbanding bangsa Nabi sendiri. Islam untuk semua bangsa di dunia ini, ” PAS FOR ALL “.

“Insaflah. Jangan terpedaya dengan doktrin dan pemimpin UMNO yang telah jauh terpesong, mabuk dunia dan gila kuasa, jauh dari cinta akan Agama.

“AWAS ! dan berhati-hati terhadap apa sahaja kenyataan manusia bernama Mahathir , makhluk perosak , ” Bapa Rasis , Grand Design Malaysia,” katanya lagi.

Tak tahu hudud, jangan cakap - Abdul Hadi

Tak tahu hudud, jangan cakap - Abdul Hadi
HADI: Mereka perlu sama sekali berhenti bercakap soal hukum itu kerana bimbang ia boleh mencelarukan lagi keadaan sedia ada.

KOTA BHARU: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan supaya mana-mana pihak yang tidak mengetahui tentang hukum hudud supaya berhenti bercakap mengenainya kerana ia boleh menjejas orang lain yang sememangnya tidak memahami undang-undang Islam itu.

Beliau berkata mereka perlu sama sekali berhenti bercakap soal hukum itu kerana bimbang ia boleh mencelarukan lagi keadaan sedia ada.

"Ini bukan sahaja menimbukan kekeliruan malah ia merosakkan...Kalau tak tahu jangan cakap sepatutnya...Saya tak tuju kepada sesiapa.

"Mereka cakap pasal hukum hudud dan tak tahu apa...pada hal hukum hudud merupakan salah satu dari undang-undang jenayah," katanya kepada pemberita selepas Seminar Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, hari ini.

Turut hadir Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Semalam, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata umat Islam perlu berhati-hati mengeluarkan pendapat mengenai hudud kerana dikhuatiri jika tersilap lafaz ia boleh menjejaskan akidah dan syahadah mereka.

Pada 11 Mei PAS telah membuat pusingan-U apabila mengambil keputusan menangguhkan rancangan mereka untuk membentangkan rang undang-undang itu dalam sidang Dewan Rakyat.

Pas juga telah bersetuju dengan cadangan penubuhan satu jawatankuasa teknikal antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri Kelantan untuk meneliti semula pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan.

Selain itu, Abdul Hadi berkata Pas akan mengadakan sesi dialog bagi memberikan penerangan mengenai pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di negeri Kelantan itu.

"Pas akan anjur dialog...sebenarnya dulu dah ada dialog dan kami bertanggungjawab memberikan penerangan supaya mereka faham mengenai hukum hudud ini," katanya.

Friday, May 23, 2014

Dunia Semakin Mendekati Hudud; Umno Dan BN Sahaja Yang Takut

KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin mendedahkan, beliau telah dipanggil oleh kedutaan Amerika Syarikat untuk memberikan taklimat tentang undang-undang Islam khususnya berkaitan hukum Hudud.
10368459_598295516944042_1037911747562819588_nBeliau menyifatkan, segala hujah pihak yang mengkritik undang-undang Islam adalah sengaja diada-adakan, bagi menolak perlaksanaan hukum Allah itu.
Katanya, antara NGO yang sering mengkritik Hudud dan Qisas adalah pertubuhan bukan kerajaan ‘Sisters in Islam’ yang mendakwa hokum Islam adalah hukum yang lapuk.
“saya selalu berhujah, antaranya dengan Sisters in Islam, mereka mendakwa hokum Islam hokum yang lapuk, ketinggalan zaman,
“tetapi mereka menerima solat dan puasa………mengapa mereka tidak mengatakan sembahyang (solat) itu suatu yang lapuk, puasa itu ketinggalan zaman,
“puasa itu telah diamalkan begitu lama, sebelum Nabi Muhammad SAW lagi,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika memberikan pandangan dalam Forum yang diadakan di Bukit Payong dekat sini pada Khamis malam, 22 Mei.
Snapshot 2 (24-5-2014 8-43 AM)Menurut Hanipa yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat,hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) sahaja yang tidak mahu kepada pelaksanaan undang-undang Islam.
Sedangkan sebenarnya, kata beliau, banyak prinsip undang-undang Barat sebenarnya ‘dicedok’ dari undang-undang Islam, antaranya prinsip seseorang itu bebas, kecuali dibukti sebagai seorang yang bersalah.
Sementara itu, dalam Forum ‘Hudud Bersediakah Kita’ yang di adakah sempen Karnival Penghayatan Islam di Sabasun HyperRuncit semalam, Ahli Palimen Bukit Gantang menyifatkan, dunia semakin mendekati Hudud dan Qisas.
Ustaz Idris Ahmad berkata, Islam ditegakkan dengan hujah dan pemimpin PAS menerangkan tentang hukum-hukum Islam dengan juga dengan hujah.
Snapshot 1 (24-5-2014 8-34 AM)“Dato’ Nik Amar, dalam forum yang dianjurkan oleh Sinar Harian minggu lepas, walaupun diserang dengan pelbagai persoalan, tetapi beliau dapat menjawab kerana Islam ditegakkan dengan hujah,
“pada minggu lalu ramai wartawan akhbar berbahasa cina dijemput ke Kelantan bagi mendengar taklimat tentang hokum Islam khususnya Hudud dan Qisas,”jelasnya.
Ustaz Idris berkata, isu Hudud memberikan peluang kepada PAS khususnya member peerangan seluas-luasnya tentang undang-undang Islam itu kepada seluruh masyarakat.
Justeru beliau meenyeru semua pihak agar mengambil peluang mempelajari dan memberi penjelasan tentang hokum-hakam yang telah ditetapkan oleh Allah itu